MOTIVATION






BINA KEYAKINAN DIRI
Keyakinan diri bermula dari dalam diri dan seterusnya terbina disitu. Jadi, setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah berada disitu seperti yang diharapkan. Pastikan ia berbentuk positif dan anda berjaya. Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya bukan sekadar berangan angan kosong.
KENANGAN
Kegagalan itu umpama kenangan yang kadangkala teramat pahit untuk diredah tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya kegagalan itu berulang lagi sekadar untuk mengecewakan, hadapilah dengan penuh kesabaran kerana ia hanya sementara saja. Kegagalan dan kekecewaan akan  mengajar diri anda berjuang untuk masa depan yang cerah berdasarkan pengalaman anda. Gagal bukan bermakna dunia sudah berakhir. Jangan terlalu sedih lupakan segalanya.Terimalah kenyataan dan seterusnya berjuang sebagai usahawan yang berjaya. 
DUGAAN:
Terimalah segala dugaan yang mendatang itu dengan penuh rasa tabah dan penuh optimis dan positif. Sekiranya hari yang dilalui tidak seperti yang dirancang, anggaplah ia sebagai satu dugaan yang mematangkan anda. Jangan sesekali putus asa, sematkan di minda bahawa dugaan itu adalah satu permulaan bagi hari yang bakal memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda sepanjang hayat
PEMIMPIN YANG TERBILANG
Barangsiapa yang menghina orang lain dan menggangap dirinya hebat, orang itu kosong dan bodoh serta sombong. Perbaikilah diri sendiri dulu, sebelum memperbaiki orang lain. Hanya orang-orang yang mempunyai impian serta kejayaan itulah pemimpin yang hebat dan terbilang.
MAKAN GAJI
Dalam Keadaan ekonomi yang kini  tak menentu dan kos kehidupan yang kian meningkat, mencari jalan menambah pendapatan adalah langkah paling bijak kerana jika kita bergantung hanya pada SATU sumber saja adalah seperti kita meletakkan semua telur di dalam satu bakul, jika bakul itu pecah maka hancurlah kesemuanya. Kisah pekerja diberhentikan mengejut kini selalu keluar di berita dan akhbar? Apa yang anda mampu buat ketika itu, jika ia berlaku kepada anda?